lagu ..

ummm .. perkataan pertama ialah ..
aku tak suka.
maksud aku lagu melayu sekarang ni.

so, aku lebih kepada lagu jepun sekarang ni , sejak tahun lepas sebenarnya.. kalau tidak aku masih lagi berada pada zaman lagu russia. paling best sekali lagu fuerteventura. tak tau la kenapa , tapi aku rasa sebab lagu dia sedap kot kan ?? rentak dia, huhh .. sangat menenangkan.

kalau lagu melayu sekarang pulak , lain daripada lagu melayu zaman dahulu. so , aku tak boleh kata aku tak suka lagu melayu. tapi aku akan kata aku tak suka lagu melayu yang baru baru sekarang ni. kecuali beberapa penyanyi yang memang aku suka , boleh la .. macam faizal tahir ke ? umm , bunkface ke .. sixth sense ke .. macam tu , yang lain tu macam hampeh.

sebabnya lagu melayu yang baru baru ni rentak dia memang hampir sama .. BANYAK! memang banyak sangat rentak yang hampir sama. aku tak kata sama eh? aku kata 'hampir' sama. jadi , bagi aku itu sangat membosankan. jadi , macam yang beberapa artis atau band yang aku minat tu sebab lagu dia lain daripada yang lain. lagi satu sebab lagu sekarang punya persoalan sama aja , iaitu pasal cinta. sangat membosankan.

tak ada la aku tak dengar langsung lagu dorang , mesti la aku dengar jugak kan? tapi masa dalam kereta je la. masa nak keluar pergi mana mana tu.. takkan la aku nak duduk terperap dalam kereta sepanjang perjalanan tanpa lagu? mati kutu aku.

aku lebih suka dan memang sangat suka dengan lagu jepun. sebab kebanyakan lagu jepun ni bukan pasal CINTA! nasib baik.. dia lebih kepada life. kehidupan. sangat seronok. mula mula aku dengar lagu jepun pon macam "eeee , pelik gile lagu jepun ni!" yeah. memang macam tu. mula mula je la ! lepas tu aku mula terpikat dengan salah satu lagu opening naruto that is 'silhouette' .. memang memikat hati aku .. hahahahaha ! dah la masa tu aku baru je minat anime. naruto pon tak tengok dari awal lagi..

lepas mula minat lagu tu , aku mula nak cari lagu jepun yang lain jugak . of course la aku amik tahu apa maksud lagu tu , tapi aku tak ada la ingat dia punya maksud. so , kalau ada orang yang nak ejek aku minat lagu jepun ni , soalan dia adalah " kau faham ke ape maksud lagu tu ?" and aku pulak "eleh , kau faham ke maksud lagu inggeris yang kau selalu nyanyi tu?" kan? bukan semua lagu kita faham. ada sesetengah lagu tu yang entah apa-apa yang dia nyanyi .. and tak faham langsung. aku selalu translate lagu-lagu yang aku dengar dalam otak aku. yes! kadang kadang tu dorang nyanyi tanpa tahu maksud lagu tu. oh! lupa .. memang SELALU pon jadi macam tu. paling aku tak suka bila lagu yang maksudnya agak lucah , tapi dorang nyanyi tanpa tahu maksudnya. sangat sedih. antara makhluk makhluk tu adalah kakak aku dengan adik aku. abang aku tak tau la pulak kan?

jangan tertinggal lagu korea pulak. yang sedang hangat diperkatakan setiap masa. kawan kawan aku la tu. antara kiteorang berlima ni, memang aku je la yang tak minat korea. bukan sepenuhnya, aku suka tengok drama dia sebab dia berlakon buat aku nangis. (tapi mama aku tak nangis pon) lagu dia pon sedap , tapi aku tak lalu. (ceh! kejam) ada jugak lagu yang aku minat tu . aku tak suka bila dorang menari and aku pulak macam "apa tujuan dorang menari " menunjukkan perasaan ke ?  lepas tu "patut la dorang kurus kan? menari mesti penat kan ??" hmmm , itu la aku ..


No comments :

Post a Comment

Any comment would be appreciated